Tiada arahan daripada PM untuk tukar Pengerusi, CEO TM - Utusan Malaysia

Tiada arahan daripada PM untuk tukar Pengerusi, CEO TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Jun – Tiada sebarang perubahan dalam jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd. (TM) sehingga diputuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini, pihaknya tidak mendapat sebarang arahan daripada Perdana Menteri untuk menggantikan kedua-dua jawatan tersebut.

“Pengerusi dan CEO masih orang yang sama, jika ada perubahan perlu mendapat surat atau catitan daripada Perdana Menteri sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara tambahan lain perlu dirujuk kepada menteri berkaitan seperti yang berkaitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai artikel bertajuk “Stand-Off CEO Telekom” disiarkan media kewangan The Edge Financial Daily semalam.

Laporan yang memetik sumber itu mendakwa Pengerusi TM, Rosli Man enggan meneruskan pelantikan pemangku CEO, Imri Mokhtar bagi menggalas tugas itu walaupun pelantikan beliau telah diluluskan oleh pemegang saham khas TM, Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Bagaimanapun, TM dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam memaklumkan, Rosli telah menerima permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menangguhkan pelantikan CEO kumpulan itu selain telah memaklumkan Lembaga Pengarah mengenai permintaan PMO tersebut pada awal Mac lalu.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, beliau berharap isu lantikan dalam TM itu kini jelas dan bukannya berdasarkan dari sumber kedua atau ketiga.

“Kalau bukan PM sendiri yang lantik, maka pihak kementerian tidak akan uruskan secara prosedur kerana lantikan perlu datang secara langsung daripada PM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini