KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan hasrat menggunakan khidmat Luis Gustavo Camilo selepas rayuan kali kedua berhubung sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain pertahanan import baharu itu ditolak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, alasan utama penolakan tersebut ialah kelewatan pihaknya melakukan pendaftaran iaitu 30 saat selepas Sistem Pemadanan Perpindahan (TMS) ditutup pada hujung…










