SEJAK bergelar pemain profesional bermula awal tahun ini, beregu campuran No. 1 negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berdepan situasi tidak menentu terutamanya dari segi dana sehingga menyebabkan perancangan mereka musim ini terjejas. Mereka terpaksa bekerja keras serta mengeluarkan duit poket sendiri bagi mencari tempat latihan, jauh berbeza ketika menyarung jersi kebangsaan yang menyaksikan segala keperluan latihan ditanggung sepenuhnya Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying membuktikan, tanpa bantuan…