LE BOURGET, Perancis – Unik dan menarik apabila tuan rumah Sukan Olimpik 2024 merancang menawarkan perkhidmatan teksi terbang kepada pengunjung temasya berkenaan di Paris bermula di lapangan terbang bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.
Ketika ini masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi menjadi antara perkara yang difikirkan oleh penganjur malah beberapa syarikat seperti Aeroports de Paris (ADP), Airbus dan operator pengendali kenderaan awam di Perancis, RATP cuba menawarkan diri bagi mengatasi isu berkenaan.
Syarikat terbabit dikatakan akan menggunakan Paris Air Show untuk mempamerkan kenderaan terbang Vertical Take-off Landing (VTOL) dan mereka akan mengadakan kajian mendalam sebelum melancarkannya.
“Pada tahun 2010, buat kali pertama lebih daripada separuh penduduk tinggal di zon bandar dan kami jangka ia akan melepasi 60 peratus pada tahun 2030,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Guillaume Faury.
Syarikat ADP juga mempunyai hingga hujung tahun ini memilih tapak bagi lapangan terbang ‘Vertiport’ yang bakal menempatkan satu daripada 10 perhentian teksi di seluruh Paris.
Bagi menjadikan VTOL satu kenyataan pada tahun 2024, ADP akan bekerjasama dengan Airbus yang mempunyai pengalaman dalam menggerakkan penggunaan kenderaan elektrik sepenuhnya di bandar. – AFP











