KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar Subang Jaya, Selangor berpeluang memenangi wang tunai RM1,000 dalam pertandingan Inovasi Kawalan Kacau Ganggu Burung Gagak di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, tujuan pihaknya membuat tawaran itu bagi membanteras kacau ganggu serta penularan wabak penyakit bawaan buruk gagak. “Pelaksanaan program ini juga adalah untuk mendapatkan idea serta inovasi terkini daripada…










