JAKARTA 3 Jun – Golongan pengamal ajaran tarekat Naqsyabandiah di Kota Padang, Sumatera Barat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih awal hari ini. Lapor portal Tempo, golongan berkenaan sudah bertakbir Aidilfitri malam semalam. Menurut Imam Mushalla Baitul Makmur, Syafri Malin Mudo, semalam merupakan hari terakhir golongan terbabit berpuasa. “Setelah selesai menunaikan solat Isyak, kami bertakbir bersama jemaah lain,” katanya. Terdahulu, golongan tersebut berpuasa pada 4 Mei, dua hari awal berbanding…










