Tangkap ikan keli pun panggil bomba - Utusan Malaysia

Tangkap ikan keli pun panggil bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Anggota bomba sememangnya tidak pernah memilih kasih dalam tugasan diberi termasuk menangkap seekor ikan keli di sebuah rumah di Taman Sandaran Permai di sini pagi tadi. 

Kesemuanya berlaku susulan panggilan kecemasan pukul 7 pagi diterima daripada seorang wanita berusia 49 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ini berikutan mangsa bimbang akan keselamatannya selepas ikan keli itu telah menyengat seekor kucing peliharannya sehingga mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, berdasarkan maklumat awal ikan tersebut dipelihara di dalam kolam di kawasan tempat meletakkan kenderaan rumah mangsa.

Difahamkan, kucing itu mati selepas cuba memakan ikan tersebut.

“Atas dasar tugasan dan tanggungjawab, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menangkap ikan tersebut.

“Ikan itu kemudiannya disimpan di balai bomba itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini