Tambang promosi Super Deals Malindo bermula dari RM59 - Utusan Malaysia

Tambang promosi Super Deals Malindo bermula dari RM59

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Malindo Air (Malindo) menawarkan tambang sehala termasuk semua bermula dari RM59 melalui promosi masa terhad Super Deals yang berakhir pada 24 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, R. M. Chandran berkata, tiket yang dibeli semasa promosi tersebut untuk tempoh perjalanan sehingga 26 April tahun depan.

“Tambang adalah berbeza mengikut tempat pelepasan di Malaysia. Bagi yang berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Langkawi, harga tambang bermula dari RM59.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala bagi yang berlepas dari Subang ke Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Langkawi, harga tambang bermula dari RM109 termasuk elaun bagasi 15 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini