Tak mustahil Tun M bubarkan Parlimen lebih awal - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Tak mustahil Tun M bubarkan Parlimen lebih awal – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Pas tidak menolak kemungkinan ketidaktentuan politik negara hari ini termasuk kos hidup yang mencengkam rakyat dan ketidakstabilan dalam kerajaan Pakatan Harapan boleh mendorong pilihan raya umum (PRU) lebih awal.

Bercakap kepada Utusan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bagaimanapun yakin Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang cekal dan tentunya akan berusaha untuk menstabilkan ekonomi dan sebagainya.

“Cuma kalau beliau rasa tidak boleh teruskan, mandat baharu diperlukan dan tidak mustahil beliau akan bubarkan Parlimen lebih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi Pas pula, persiapan jentera parti setiap waktu, bukan untuk pilihan raya umum sahaja, kadang-kadang ada juga pilihan raya kecil,” kata beliau.

Wawancara penuh dengan Tuan Ibrahim boleh diikuti dalam Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini