KUALA LUMPUR – Segmen hiburan yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, Busking Bersama Buskers kembali petang ini dengan trio yang menggelar diri mereka sebagai Synopsis.
Menyediakan 10 buah lagu untuk dipersembahkan di atas platform Panggung Utusan, Synopsis yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Zafran dan Iskandar, kerap mengadakan persembahan di sekitar Lembah Klang.
Hari ini, Synopsis meletakkan Khuza sebagai sebagai vokalis manakala Zafran (gitar) dan Iskandar (cajon) popular dengan lagu ciptaan Angah dari kumpulan Projector berjudul Cintamu Berubah.
“Walaupun kami adalah artis yang bernaung di bawah label Angsana Music Group, kami mengambil peluang untuk menyertai segmen Busking Bersama Buskers di Utusan Online kerana ini adalah platfom terbaik bagi kami untuk mendekatkan diri kepada penggemar muzik dan pelayar Utusan Online.
“Persembahan kami pada petang ini menggunakan pendekatan busking dengan 10 buah lagu yang akan kami dendangkan pada petang ini,” kata Iskandar.
Mengharapkan sambutan daripada penonton Busking Bersama Buskers, Synopsis turut meletakkan harapan agar single pertama mereka, Cintamu Berubah mendapat tempat di hati peminat. – UTUSAN ONLINE










