Syarikat vendor digalak mohon geran pembangunan - Utusan Malaysia

Syarikat vendor digalak mohon geran pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua syarikat vendor yang berkemampuan digalak tampil untuk menghubungi Kementerian Pembangunan Usahawa bagi memohon dana yang telah diperuntukkan bagi membangunkan sektor berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), sebanyak RM61 juta telah diperuntukkan bagi Geran Penyelidikan dan Pengkomersialan Vendor dan Program Pembangunan Kapasiti Vendor.

“Dalam RMK-11,sudah ada peruntukan sebanyak lebih rm60 juta dan itu kita gunakan untuk geran pembangunan vendor tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tadi kita bincang, maksimum satu vendor RM 1 juta. Semua vendor yang ada kemampuan digalakkan untuk menghubungi Kementerian Pembangunan Usahawan bagi memastikan mereka boleh menerokai dana itu untuk membangunkan mereka sebagai vendor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Program Pembangunan Vendor (MPPPV) Pertama Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Mohd. Redzuan, pihaknya sedang giat merangka strategi-strategi baharu Program Pembangunan Vendor dalam mendepani landskap ekonomi lebih mencabar.

“Antara strategi yang dirangka adalah berhubung perluasan pasaran perniagaan, pembiayaan yang kompetetif, pewujudan vendor berbilang tingkat dan penerokaan sektor yang berpotensi dan berteknologi tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini