Syarikat korporat, individu digalak sokong program penjagaan kesihatan - Utusan Malaysia

Syarikat korporat, individu digalak sokong program penjagaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat korporat dan individu berpengaruh digalakkan untuk menyokong usaha organisasi penjagaan kesihatan dengan menyumbangkan bantuan kewangan bagi tujuan penyediaan rawatan kesihatan kepada golongan kurang bernasib baik.

Penasihat Yayasan Penjagaan Penyayang (CCF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha tersebut dilaksanakan bagi melengkapi peranan Kementerian Kesihatan selain membantu meringankan beban golongan tersebut khususnya mereka yang memerlukan rawatan kesihatan tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata, langkah itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi tahap kualiti dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Meskipun pelbagai pelan telah diperkenalkan untuk membantu memajukan status sosioekonomi negara, namun isu ekuiti dan akses perkhidmatan untuk golongan kurang berkemampuan masih wujud dan ini dapat dilihat melalui kualiti perkhidmatan kesihatan yang diterima.

“Sehubungan itu, program peningkatan kesihatan adalah penting untuk pembangunan mampan dan pertumbuhan ekonomi di mana-mana negara. Jadi, sebagai seorang aktivis sosial, saya amat prihatin tentang bagaimana isu-isu sosial sebegini akan memberi kesan kepada masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Pra-Pelancaran Makan Malam Amal CCF yang bertemakan ‘Lovefood, Hope, Health’ yang akan diadakan pada 15 November depan.

Yang turut hadir Pengasas dan Pengarah CCF, Daena Chan dan Jaysey Ong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×