KUALA LUMPUR – Syarikat usaha sama, penyedia perkhidmatan luar pesisir bersepadu, Handal Resources Bhd., Borneo Seaoffshore-Handal JV meraih kontrak bernilai RM360 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata nilai kontrak tersebut akan meningkat jika pilihan lanjutan tiga tahun dilaksanakan.
Tempoh utama kontrak itu bermula pada Mac 2020 dan dijangka siap pada Jun 2027.
Kontrak tersebut di bawah Pakej Empat melibatkan penyediaan bekalan modul suntikan air ke atas unit luar pesisir mudah alih untuk kemudahan suntikan air mudah alih – Pakej 4.
Pengarah Urusan Handal Resources Sundeep Singh Dhaliwal berkata susulan kontrak baharu itu, nilai perolehan kontrak syarikat tersebut akan meningkat kepada lebih RM950 juta. – BERNAMA











