KUALA LUMPUR 26 Jun – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 75 Akta 672 kepada pemilik premis tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kuantan, Jalan Gombak di sini. Pengarahnya, Mohd. Zahir Shari berkata, siasatan ke lokasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kawasan itu merupakan tanah milik persendirian. “Kawasan berkenaan dalam proses perobohan secara berperingkat-peringkat oleh pemilik…









