Suspek kes ragut dan seret suri rumah dengan kereta diberkas - Utusan Malaysia

Suspek kes ragut dan seret suri rumah dengan kereta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar negeri ini sejak lebih setahun lalu.

Enam suspek terbabit ditahan secara berasingan sejak penghujung Ramadan lalu di pelbagai lokasi di sekitar daerah ini dan direman sehingga semalam.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, kumpulan sama juga disyaki terlibat dalam kes ragut yang tular di media sosial bulan lalu, iaitu kejadian seorang surirumah diseret kereta Proton Waja sejauh lima meter di Wakaf Bharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kumpulan itu turut mempunyai kaitan dengan beberapa kes samun di Pasir Puteh dan Kota Bharu serta beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini.

“Kesemua suspek positif dadah serta mempunyai rekod jenayah lampau.

“Seorang lagi suspek ketujuh berusia 37 tahun dari kumpulan sama masih diburu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, ketika penahanan suspek dilakukan, pihaknya turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil samun termasuk televisyen, komputer riba, kunci kenderaan dan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Pihak polis turut menyita kereta Proton Waja yang terbabit dengan kes ragut di Wakaf Bharu,” ujarnya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini