SAMBUTAN. Seramai 50 kakitangan diraikan dalam Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran anjuran Surau Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang diadakan di Jabatan Pembentungan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Putrajaya baru-baru ini.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPP, Ir. Syed Jaafar Idid Syed Abdyillah Idid.
Menurut beliau, majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang baik dalam kalangan kakitangan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selain itu, pihak kami ingin menjadikan membaca al-Quran sebagai budaya hidup seharian kita di samping dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.











