Sultan Johor terima kunjungan hormat TPM Singapura, MB Johor - Utusan Malaysia

Sultan Johor terima kunjungan hormat TPM Singapura, MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Ketibaan Swee Keat yang diiringi Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan disambut Baginda bersama-sama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut hadir Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah,

Memuatkan artikel berkaitan…

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. 

Tetamu kehormat itu kemudian diraikan dalam satu majlis santapan pada tengah hari bersama-sama Baginda berdua dan keluarga DiRaja Johor.

Terdahulu, Sultan Johor turut berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sempena Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini