KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur perbuatan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berhubung tindakannya menghadiri majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib. Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu jelas tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Baginda juga bertitah, acara yang diadakan seumpama itu di rumah ibadat bukan Islam membuka ruang kepada kaum bukan Islam untuk menyebarkan dakyah tertentu. “Adalah sedia dimaklumi…










