Suarez gembira andai Neymar sertai Barcelona - Utusan Malaysia

Suarez gembira andai Neymar sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO – Luis Suarez memberitahu bahawa Barcelona pasti akan membuka pintu buat Neymar andai penyerang itu mahu kembali menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Tambah Suarez, dia dan Neymar pernah digandingkan ketika di Barcelona malah percaya ia adalah musim terbaiknya ketika mereka beraksi bersama di Camp Nou.

“Saya mempunyai memori yang sangat istimewa ketika bergandingan di bahagian serangan bersama Neymar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya semua kelab mahu ada pemain seperti Neymar malah semua pemain juga ingin beraksi bersamanya,” kata Suarez.

Ketika ini Neymar, 27 tahun dikatakan bakal kembali menyertai La Liga berikutan kelabnya ketika ini Paris Saint-Germain (PSG) seakan tidak gembira dengan prestasi naik turun penyerang berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini