PUTRAJAYA – Pasangan suami isteri warga Palestin yang menerima ijazah kedoktoran dalam bidang pengurusan pada konvokesyen Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (Limkokwing), di sini hari ini berikrar untuk membantu memperbaiki taraf hidup penduduk di Semenanjung Gaza. Ahmed R.S.Awaja dan isterinya, Doaa S.I.Awaja, kedua-duanya berusia 33 tahun adalah antara 1,000 graduan daripada 70 negara yang menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen yang disempurnakan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah.…










