Suami isteri disyaki bunuh diri - Utusan Malaysia

Suami isteri disyaki bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditemukan maut disyaki membunuh diri di kuarters didiami mereka di Kuala Baram, Miri, Sarawak, kelmarin.

Suami isteri masing-masing berusia 33 dan 26 tahun serta bekerja sebagai mekanik dan guru tadika itu ditemukan tidak sedarkan diri pada pukul 4.30 petang oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan kemudiannya melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi Utusan Borneo semalam mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis pada mulanya menemui mangsa wanita dalam keadaan terbaring tidak bergerak di atas tilam dalam bilik tidur.

“Kemudiannya mayat lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tergantung di ruang tamu,” katanya.

Menurut laporan Utusan Borneo itu lagi, Meng Seah menolak sebarang kemungkinan unsur jenayah berikutan tiada kecederaan fizikal ditemui pada badan kedua-dua mangsa.

“Botol plastik dan cawan plastik ditemui di dapur mengandungi cecair kehijauan disyaki racun rumpai.

“Kes ini sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini