SPRM lapor polis isu ciapan Twitter palsu - Utusan Malaysia

SPRM lapor polis isu ciapan Twitter palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung satu ciapan palsu menerusi Twitter membabitkan nama Ketua Pesuruhjaya itu, Latheefa Koya.

Menurut kenyataan SPRM, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kelmarin.

“Ia berhubung ciapan para jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Twitter bawah nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, kami ingin menegaskan bahawa ciapan tersebut adalah palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej suruhanjaya ini dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas SPRM lagi, pihaknya memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi,” jelas kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini