SPRM berintegriti atau berpolitik? - Utusan Malaysia

SPRM berintegriti atau berpolitik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wajah Integriti terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin kabur dimata rakyat. SPRM seperti sebuah ‘parti politik’ bersama kerajaan dan tidak lagi menjadi harapan rakyat untuk melindungi Malaysia dari najis rasuah.

Oleh itu, bagi memberi peluang kepada Puan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM membuktikan kesungguhan dan mengotakan janji beliau untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah, kami menyarankan agar beliau haruslah ‘without fear or favour’ mempercepatkan dan membuka kembali kertas siasatan kes berprofil tinggi melibatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ‘disenyapkan’. Ini termasuklah:

1 – Kes rasuah dan salah guna kuasa dalam projek terowong bawah laut yang melibatkan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

2 – Kes pembelian banglo yang mencurigakan melibatkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan, Pang Li Khoon.

3 – Kes rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Kuching Sarawak oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Zahid Mat Arif sewaktu beliau menjadi Pegawai Khas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

4 – Kes penerimaan wang sejumlah RM800,000 dari 12 kontraktor melibatkan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohd. Azhar Che Mat Dali.

5 – Kes memonopoli kontrak perolehan kementerian oleh anak kepada Menteri Perlancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Muhammadin Ketapi.

6 – Kes terbaharu yang didedahkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Syukri Abdull dalam mesyuarat yang melibatkan menteri-menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha kementerian yang dipengerusikan Perdana Menteri berkenaan arahan seorang Menteri Kabinet terhadap penerima kontrak kerajaan untuk menyalurkan dana kepada parti tertentu dengan ugutan untuk menarik balik kontrak jika gagal melakukannya.

7 – SPRM hendaklah memandang serius terhadap video pengakuan yang dibuat oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz yang menyatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rasuah.

Kami sebagai rakyat Malaysia mahukan Malaysia Baharu ini tidak dikotori dengan najis rasuah. Kami mahukan SPRM lebih berintegriti dalam menyiasat semua kes rasuah sama ada melibatkan pemimpin dari mana-mana parti politik.

Kami juga mahu SPRM, Putrajaya memberikan kenyataan balas terhadap status siasatan bagi tujuh kes rasuah yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia seperti di nyatakan diatas sebelum 28 Jun ini.

Ini adalah penting sebagai bukti kepada rakyat keseluruhannya bahawa SPRM merupakan badan yang berintegriti dalam isu rasuah.

A’zlan Abu Bakar

Pengerusi Aktivis TUNTUT

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini