JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memberi kebebasan seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) untuk menyiasat mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang terlibat dengan salah laku. Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal juga berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya diperlukan. “Kita akan memberikan kerjasama dan kebebasan seluas-luasnya untuk SPRM menyiasat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasminya, Saujana, di sini,…










