Solat hajat mohon kelancaran operasi drawbridge - Utusan Malaysia

Solat hajat mohon kelancaran operasi drawbridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 50 orang menunaikan solat hajat bagi memohon kelancaran operasi jambatan angkat (drawbridge) di sini malam ini sebelum ia mula dibuka pukul 7 pagi esok.

Solat hajat yang diadakan di menara mercu tanda ikonik baharu Terengganu itu diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah.

Solat berkenaan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ariffin percaya pembukaan kemudahan tersebut dapat membantu melonjakkan lagi industri pelancongan Terengganu sekali gus mencapai sasaran lima juta pengunjung yang ditetapkan tahun ini.

JEMAAH mengaminkan doa selepas solat hajat di dalam menara Drawbridge malam ini. - UTUSAN ONLINE/ AZ
JEMAAH mengaminkan doa selepas solat hajat di dalam menara Drawbridge malam ini. – UTUSAN ONLINE/ AZLAN BAHRUM

Katanya, selepas komponen pembangunan jambatan angkat itu selesai kerajaan negeri turut merancang untuk mengindahkan kawasan di sekitar mercu tanda baharu ikonik itu.

Jambatan angkat itu akan dibuka untuk percubaan dalam tempoh dua minggu dari esok hingga 17 Jun ini bagi kerja-kerja pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem ‘signalling’ di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya di samping koordinasi sistem penyuraian trafik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini