KUALA LUMPUR – Hasrat SMK Mutiara Impian untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada SMK Tunku Anum dalam Liga 100PLUS-Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun di Alor Setar, hujung minggu lalu. Kedua-dua jaringan terhasil pada kedua-dua babak menerusi Muhd. Azlan Azmi minit ketujuh dan gol sendiri pemain lawan, Muhd. Danish Isyraf Mohd. Zamri (m61), sementara SMK Mutiara Impian memperoleh gol saguhati…










