Siasat salah guna kuasa pengurusan sisa NUF di kilang Lynas - Utusan Malaysia

Siasat salah guna kuasa pengurusan sisa NUF di kilang Lynas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sekiranya berlaku salah guna kuasa membabitkan pengurusan sisa bahan buangan berjadual Gypsum Magnesium (NUF) di kilang memproses nadir bumi,Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, dakwaan itu mengambil kira berhubung simpanan NUF yang dikatakan melebihi jumlah ditetapkan.

Beliau menjelaskan, mengikut data yang diperoleh sehingga Disember tahun lalu, sejumlah 1.113 juta tan NUF terdampar di tapak di kilang itu selama lebih lima tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kuantiti bahan berjadual yang dikumpulkan di tapak tidak dibenarkan melebihi 20 tan metrik dan melebihi 180 hari.

“Apa-apa ketidakpatuhan arahan itu merupakan satu kesalahan, NUF merupakan suatu buangan terjadual yang terkawal di bawah peraturan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM negeri di Indera Mahkota di sini hari ini.

Chean Chung berkata, pihaknya melihat terdapat kelemahan dalam perkara itu dan Lynas juga telah beberapa kali diberikan tempoh lanjutan penstoran bahan terjadual berkenaan.

“Tentang pengurusan sisa NUF itu, kita lihat seakan ada kelemahan dan kita mahu SPRM siasat jika wujud salah guna kuasa berhubung perkara itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini