Sharapova mahu jadi pasangan Murray - Utusan Malaysia

Sharapova mahu jadi pasangan Murray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pemain No. 1 dunia, Maria Sharapova menawar diri menjadi pasangan Andy Murray, sebaik sahaja mendapat tahu bintang Scotland itu sedang mencari gandingan untuk beraksi dalam acara beregu campuran pada kejohanan tenis Wimbledon, bulan depan.

Pemilik lima gelaran Grand Slam, Sharapova pernah dikritik hebat oleh Murray selepas dia menerima wildcard untuk beraksi dalam Wimbledon 2018 sebaik sahaja kembali daripada penggantungan 15 bulan akibat positif doping.

“Saya rasa kamu kena bekerja lebih keras kalau hendak kembali beraksi dan bukan dengan menerima jalan mudah,” kata pemain Murray ketika itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kritikan itu bagaimanapun tidak menghalang Sharapova, 32, yang merangkul kejuaraan Wimbledon pada 2004 untuk menawar diri menjadi pasangan Murray.

“Saya dengar @andy_murray mencari pasangan untuk acara beregu campuran. Terima kasih@usopen kerana menghantar resume saya hari ini,” tulis Sharapova dalam Twitter.

Murray, 32, juara Wimbledon 2013 dan 2016 berharap untuk beraksi dalam dua acara iaitu beregu lelaki dan campuran pada Wimbledon, bulan depan.

Bintang Scotland itu yang baru kembali daripada pembedahan pinggul mengakui, dia masih mencari pasangan wanita selepas jemputan yang diberikan kepada Ashleigh Barty ditolak oleh pemain No. 2 dunia tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini