Setuju dengan tuntutan Siti Kasim - Utusan Malaysia

Setuju dengan tuntutan Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi mengelakkan Siti Kasim mencari alasan untuk tidak berdebat dengan saya secara terbuka, saya akan berkompromi dengan beberapa tuntutan beliau.

Mulai saat ini, saya secara peribadi akan menghubungi beliau untuk perbincangan pra debat. Namun, tuntutannya agar debat bertukar menjadi sembang kedai mamak menerusi lamam Facebook Live tidak akan saya penuhi.

Debat antara kami perlu dilakukan di dewan atau auditorium yang boleh memuatkan 300 orang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siti Kasim boleh membawa penyokongnya yang celupar dalam media sosial dan diberikan peluang untuk bertanya soalan kepada saya ‘face-to face’ (secara bersemuka) sebagaimana cabaran Siti Kasim terhadap saya.

Saya juga tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap Siti Kasim sebagaimana beliau dan penyokongnya menyerang keperibadian saya. Prinsip Islam yang mementingkan ketinggian adab dan akhlak tetap akan saya ikuti. Kita akan pastikan hujah dibalas hujah bukannya jeritan dan pekikan.

Saya berharap Siti Kasim tidak akan mengubah perjanjian atau berdolak-dalih lagi. Memandangkan Siti Kasim telah membalas WhatsApp saya, kita akan tunggu maklum balas beliau kerana beliau sedang bergegas untuk mesyuarat.

Insya-Allah tidak akan dilayan debat menerusi WhatsApp. Sahabat semua, doakan akan ada kebaikan dari perdebatan kami ini dan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan buat kita semua. Allahuma Aminn.

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini