Sesak nafas: Pencemaran merebak ke SMK Tanjung Puteri Resort - Utusan Malaysia

Sesak nafas: Pencemaran merebak ke SMK Tanjung Puteri Resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pencemaran udara di daerah ini merebak ke sebuah sekolah iaitu  
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort selepas beberapa pelajar mengalami sesak nafas, loya dan muntah pada sesi persekolahan hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi tadi ketika sesi persekolahan berjalan seperti biasa sebelum beberapa pelajar mengalami gejala seperti kes terhidu pencemaran udara sebelum ini.

Pelajar tersebut kemudiannya ditenangkan oleh guru sekolah berkenaan sementara menunggu kehadiran ambulans untuk menghantar mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, pihak sekolah juga telah mengeluarkan arahan kepada ibu bapa untuk membawa pulang anak-anak demi memastikan keselamatan mereka terkawal.

Sesi persekolahan itu terpaksa ditangguhkan setelah menimbulkan panik akibat beberapa pelajar mengalami simptom terhidu pencemaran udara.

Jarak antara SMK Tanjung Puteri Resort dengan lokasi pertama iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Mawar terletak kira-kira lapan kilometer.

Semalam, kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69 tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi melibatkan 20,108 pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini