KUALA LUMPUR – Peminat fotografi di seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan fotografi anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dibuka bermula 1 April lalu hingga 30 Ogos ini.
MBSA dalam kenyataannya memberitahu, pertandingan bertemakan ‘Kami Sayang Shah Alam’ itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada pemenang tempat pertama, RM2,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).
“Pada tahun ini pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu senibina, alam semulajadi dan gaya hidup.
“Penyertaan dibuka kepada warga negara berumur 18 tahun. Sila rujuk syarat penyertaan di laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam,’’ katanya.
Selain hadiah utama, penganjur turut menyediakan ganjaran wang tunai RM200 kepada lima pemenang hadiah sagu hati.
Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di Tingkat G, Wisma MBSA atau layari : http://bit.ly/2KPNLa6 – UTUSAN ONLINE











