BANGKOK – Sepasukan tentera dan penduduk tempatan dikerahkan untuk memadam kebakaran hutan di Khuan Khreng, wilayah Chian Yai dekat sini. Lapor Bangkok Post, Timbalan Komander Pasukan Tentera ke-41, Kolonel Tanat Chimpalee berkata kesemua anggota dilengkapi alat semburan air bertindak mengawal kebakaran di kampung Moo 12 dari terus merebak ke ladang tanaman kelapa sawit berdekatan. Pada masa yang sama, Ketua Stesen Kawalan Kebakaran Hutan Lembangan Sungai Pak Phanang, Thanakorn Raktham berkata…