WASHINGTON 25 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima ucapan selamat hari lahir daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, awal bulan ini, di tengah-tengah rundingan nuklear yang belum menemui jalan penyelesaian antara kedua-dua negara.
“Dia (Jong-un) sebenarnya menghantar ucapan selamat hari lahir kepada saya,” kata Trump yang menyambut hari jadi yang ke-74 pada 14 Jun lalu.
AFP melaporkan, Trump membuat kenyataan itu sehari selepas Jong-un mendedahkan yang dia menerima surat balas daripada pemimpin AS itu.
Malah Jong-un turut menyatakan yang dia ‘bahagia’ membaca surat tersebut sambil menyifatkan kandungan surat itu sangat baik.
Trump dijangka bertemu dengan para pemimpin China dan Rusia pada Sidang Kemuncak G-20 di Osaka, Jepun, pada 28-29 Jun ini. -AFP











