Sektor O&G lindungi negara - Utusan Malaysia

Sektor O&G lindungi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia kini telah menggerakkan nilai ran­taian untuk melindungi negara daripada ketidaktentuan yang dilihat dalam industri huluan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dalam pada negara kini cuba meningkatkan nilai rantaian bagi sektor berkenaan, adalah penting untuk semua pihak sedar yang Malaysia juga merupakan sebuah negara de­ngan ekonomi yang pelbagai.

Katanya, selain itu, kedudukan Malaysia yang strategik di dalam rantaian bekalan global memberi manfaat besar ter­utama ketika perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini dapat dilihat menerusi penempatan semula perniagaan serta pelancongan pelaburan dan perdagangan,” katanya dalam ucapan perasmian Pameran Minyak, Gas dan Petrokimia Asia kali ke-17 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Tambah Guan Eng, perpindahan rantaian bekalan global telah memberi kesan positif kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan, meningkat 127 peratus kepada RM20.2 bilion pada suku pertama tahun ini.

“Angka-angka FDI ini me­nunjukkan Malaysia merupakan lokasi pilihan di rantau ini disebabkan dasar-dasar terbukanya, infrastruktur mantap dan pekerja berkemahiran tinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) akan memulakan operasinya pada suku keempat tahun ini.

Katanya, operasi komersial penuh projek bernilai AS$16 bilion (RM67 bilion) itu akan menjadikan Malaysia sebagai pengeksport bersih bahan api bertapis untuk kali pertama sejak 2008.

“Usaha sama di antara Petronas dan Saudi Aramco ini menandakan perkongsian bersejarah antara dua syarikat minyak nasional yang paling berjaya di dunia.

“Kerjasama itu turut membawa bersama sumber, teknologi, pengalaman, kepakaran dan kehadiran komersial yang meluas untuk manfaat kedua-dua syarikat dan juga negara,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini