PETALING JAYA – Sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia perlu merebut peluang yang timbul daripada peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengembangkan lagi industri tersebut, kata Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom). Pengerusinya, Ganesh Kumar Bangah berkata, seperti dalam mana-mana perang perdagangan, terdapat peluang yang tidak boleh dilepaskan, terutamanya dari segi pelaburan. “Sudah sampai masanya bagi Malaysia untuk memanfaatkan peluang itu…jadi kita perlu ada usaha dan strategi bersepadu…










