BAGAN DATUK – Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 19.1 kilometer yang dibuka secara rasmi bermula kelmarin, mula digunakan oleh orang ramai. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan di kedua-dua arah berjalan lancar dengan lebih banyak kenderaan menghala ke arah utara. Seorang pengguna, Mohd Rosni Abdullah Sani, 41, berkata, dia sering berulang-alik membawa ibu ke rumah adiknya di Port Dickson, Negeri Sembilan…










