Baru-baru ini ramai memperkatakan kesalahan perbuatan seks di luar tabii yang didakwa melibatkan pemimpin politik negara melalui rakaman video seks yang telah menular.
Pihak yang mendakwa sebagai pasangannya pula telah membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau adalah di antara individu yang terlibat melakukan perbuatan seks di luar tabii tersebut bersama pemimpin politik berkenaan.
Kes ini menjadi sensasi bukan sahaja kerana melibatkan individu yang berkedudukan tinggi tetapi juga kerana perlakuan yang didakwa itu adalah perlakuan seks di luar tabii.
Kes ini masih dalam siasatan kerana memerlukan bukti-bukti sahih bahawa perlakuan seks di luar tabii tersebut benar telah berlaku dan ianya benar dilakukan oleh yang didakwa dan pasangan yang didakwa.
Apakah yang dimaksudkan dengan seks di luar tabii? Mengapa ia merupakan suatu kesalahan menurut undang-undang?
Secara umumnya perbuatan seks di luar tabii ialah perlakuan seks yang tidak diterima sebagai biasa atau normal, tidak boleh diterima oleh kebanyakan agama, kepercayaan dan budaya, tidak boleh diterima oleh masyarakat serta secara sosial, dan juga perlakuan seks yang memudaratkan dalam sesetengah keadaan.
Ia menjadi kesalahan dari sudut perundangan kerana berlawanan norma kehidupan masyarakat, menyalahi peraturan dalam agama, termasuklah memudaratkan dari segi kesihatan.
Hasil daripada perlakuan seks diluar tabii turut mengundang pelbagai penyakit jika tidak diawasi dengan teliti.
Contohnya seperti seks di khalayak ramai, seks berkumpulan, pasangan gay atau lesbian atau hubungan seks sesama jantina, sumbang mahram dan juga kepuasan seks secara luar biasa yang dikenali sebagai paraphillias seperti eksibisionisme, fetisyisme, frotteurisme, fidofilia, transvestisme dan voyeurisme.
Seks di luar tabii bolehlah dikatakan sebagai perlakuan seks yang menyimpang daripada batasan manusia normal.
Perbuatan onani atau mastubasi, sama ada menggunakan tangan atau geselan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan. Namun ia menjadi keburukan apabila onani itu menjadi melampau sehingga terpaksa
melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik dari segi fisikal dan mental.
Homoseks iaitu seks dikalangan lelaki sesama lelaki di mana kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur.
Dari sudut kesihatan, penyakit AIDS atau HIV boleh merebak melalui cara begini. Lesbian pula adalah hubungan di antara perempuan.
Scoptophilia merujuk kepada manusia yang suka melihat orang lain melakukan persetubuhan termasuklah melihat isterinya sendiri disetubuhi oleh orang lain.
Voyeurisme adalah mereka yang suka mengintip wanita atau lelaki tanpa pakaian. Ia dianggap sebagai suatu pengembaraan yang mengasyikkan.
Fidofilia ialah lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan tidak berminat dengan orang dewasa.
Bestially suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itek, lembu, kambing, anjing dan kuda.
Fetishisme lelaki yang menjadi bernafsu dengan menyimpan dan mengumpul barang-barang wanita seperti coli, seluar dalam, alat dandanan wanita, rambut, tuala dan sebagainya.
Melakukan amang seksual fizikal juga merupakan perbuatan seks di luar tabii, antaranya ialah dengan meletakkan tangan bagi maksud seksual di bahagian kemaluan orang lain atau membuatkan seseorang menyentuh kemaluannya dengan maksud seksual.
Seorang guru agama pada tahun 2018 telah didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru telah melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan meletakkan tangan bagi maksud seksual di bahagian kemaluan remaja berkenaan.
Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat atas dakwaan telah membuatkan remaja lelaki itu menyentuh kemaluan tertuduh.
Mengikut pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan seks luar tabii terhadap pelajarnya itu dengan memasukkan zakar remaja tersebut ke dalam mulut tertuduh tanpa kerelaan pelajar berkenaan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kes seks luar tabii yang menjijikkan dan keji berlaku pada April 2019. Tiga lelaki di Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman penjara antara 20 sehingga 41 tahun kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan dengan sembilan kuda betina, lembu, kambing dan anjing sepanjang tempoh lima tahun serta turut merakamkan aksi tidak berperikemanusiaan itu.
Mereka mengaku bersalah atas 730 pertuduhan perbuatan melakukan seks luar tabii dengan haiwan dan kekejaman terhadap haiwan. Ada yang bertindak lebih jauh lagi dengan menggunakan objek keras yang boleh
menyebabkan kesakitan atau kecederaan kepada pasangan.
Melakukan seks luar tabii menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kesakitan boleh didakwa dibawah Seksyen 377C/377CA/323 Kanun Keseksaan.
Dalam menyekat peningkatan perlakuan kes seks di luar tabii perlu dipastikan adakah seseorang itu menjadi mangsa perlakuan seks diluar tabii atau diganggu oleh seseorang yang mempunyai kecenderungan ini atau mempunyai kecenderungan kearah perlakuan seks yang tidak normal ini. Adakah mereka yang terlibat ini memerlukan bantuan atau patut dijatuhkan hukuman?
Aspek psikologi turut memainkan peranan penting. Mengapa masih terdapat sebahagian manusia yang memilih hubungan seks secara songsang dan haram seperti ini? Mereka ini sebenarnya gagal dalam menangani
keinginan seksual secara betul. Mereka kufur dengan nikmat Allah SWT dan kufur dengan syariat Islam dan undang-undang.
Penularan video perlakuan seks diluar tabii pula mengundang permasalahan undang-undang jika video tersebut adalah palsu dan jika ternyata tuduhan tersebut merupakan fitnah semata-mata.
Islam melarang berkata bohong dan membuat tuduhan palsu sebaliknya menggalakkan bercakap benar dalam apa jua keadaan.
Penulis adalah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah











