PASIR GUDANG – Sesi persekolahan di semua 111 buah sekolah di sini yang ditutup ekoran pencemaran udara sejak minggu lalu dibuka pada hari ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Azman Adnan berkata, hari pertama sesi persekolahan hari ini juga merekodkan jumlah kedatangan yang memberangsangkan. “Sesi persekolahan dibuka selepas jawatankuasa bencana mengesahkan udara berada di tahap yang normal. Sehingga kini, jumlah kedatangan pada hari ini juga memberangsangkan. “Biarpun, insiden ini…










