KUALA LUMPUR – Sebahagian lorong Jalan PJU 8/2, Damansara Perdana akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada pelancaran ‘crosshead’ pada 17 hingga 19 Jun ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan itu akan dilakukan dari pukul 11 malam hingga 6 pagi .
“Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan dan papan tanda amaran ditempatkan di kawasan berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pengguna dan diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.











