Bukan mudah melayari sebuah rumah tangga yang perjalanannya menjadi tontonan orang luar. Minggu lalu sahaja lima artis terseret dengan kisah perceraian dan masalah rumah tangga sehinggakan fenomena ini menjadi hangat dan memburukkan ruang udara penggiat seni yang lain. Rentetan berita kemusnahan rumah tangga yang dibina, ramai dalam kalangan rakan selebriti memberikan reaksi selain mengharapkan apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran. Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 37,…










