Siapa sangka, satu status dalam Instagram mampu menjadi titik perubahan hubungan dingin dua beranak, Nabila Huda, 35, dan bapanya, si legenda rock negara, Amy Search sejak dua tahun lalu. Bermula dengan status Hari Bapa perkongsian Nabila diikuti luahan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Norish yang dianggap Nabila sebagai memulangkan paku buah keras buat dirinya, perkara tersebut mengundang perhatian khalayak. Masing-masing berhujah bahkan ada yang mendoakan kebaikan buat keluarga popular itu.…










