PASIR PUTEH – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHAEAIK) melupuskan satu tan metrik abu al- Quran di perairan Kelantan, di Tok Bali, di sini hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada jumlah lima tan metrik abu al- Quran lama dan rosak yang dikumpulkan sejak awal Januari tahun ini. Menurutnya, abu itu dilupuskan secara berperingkat…










