Satu sedia hadapi gangguan air musim perayaan - Utusan Malaysia

Satu sedia hadapi gangguan air musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 Jun – Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu) sedang mengambil langkah penambahbaikan dan persediaan awal bagi menghadapi segala kemungkinan berlaku gangguan bekalan air pada kemuncak musim perayaan Aidilfitri pada 5, 6 dan 7 Jun ini.

Satu dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku penggunaan 30 peratus air sehingga menyebabkan tekanan air rendah pada waktu puncak iaitu Rabu hingga Jumaat ini.

Langkah-langkah itu antaranya mengenal pasti kawasan yang dijangka menghadapi masalah itu dengan melakukan penambahbaikan seperti ubahsuai sempadan bekalan air.

Memuatkan artikel berkaitan…

Membaiki perkakasan sistem agihan tangki statik yang ditempatkan lebih awal di kawasan berkenaan selain memastikan

Loti-lori tangki sentiasa bersedia menghantar bekalan air jika diperlukan.

Mengadakan satu loji pakej berkapasiti 2.5 MLD untuk meningkatkan tekanan rendah di sekitar kawasan Kampung Pulau Bahagia, Kampung Peradong, Kampung Padang Machang dan kampung sekitar.

“Di samping itu, Satu akan menjalankan aktiviti menakung tangki-tangki simpanan bagi meningkatkan paras tangki pada malam hari untuk kegunaan pada keesokkannya di kawasan bermasalah,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Satu menasihatkan penduduk agar menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan yang mencukupi terutama pada musim perayaan kali ini.

Orang ramai boleh menghubungi Careline Satu 1-300-882-111 sekiranya berlaku kebocoran paip air sehingga menjejaskan bekalan.

Dalam pada itu, seramai 7,225 pengguna di beberapa kampung melibatkan daerah ini, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut dijangka menghadapi masalah bekalan air pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Bagi daerah ini melibatkan Kampung Kesom, Kampung Bukit Petiti, Kampung Banggol Peradong, Kampung Telari, Kampung Padang Machang, Kampung Kubang Bujuk, Kampung Padang Ujik, Kampung Kubang Lembek, Kampung Guntong, Kampung Pengkalan Binjai dan Kampung Surau Haji Yaakob.

Daerah Marang melibatkan Kampung Padang Pauh, Kampung Gong Kasim, Kampung Durian Pahit, Kampung Pasir Putih, Kampung Alur Pak Bang, Taman Mas Murni, Kampung Bukit Mawi Kijing, Kampung Bukit Kemas Kelulut, Taman Rashidah, Taman Bukit Indah, Kampung Bukit Jetit, Pengkalan Berangan, Kampung Kubu, Kampung Tok Muchong, Kampung Pasir Tinggi, Kampung Tiruk, Taman Lot SPKA, Kampung Banggil Pak Ali, Kampung Tasek, Kampung Pak Ya Paya Resak, Kampung Macang Lada, Kampung Bukit Cerana Wakaf Dua, Kampung Bukit Parit dan Kampung Jerung Seberang.

Kampung Kuala Telemong, Kampung Chepoh, Kampung Pantai Ali dan Kampung Tanjung Aur dalam daerah Hulu Terengganu serta Kampung Bintang dan Kampung Bukit Grebar dalam daerah Setiu juga terlibat.

Tidak terkecuali daerah Besut melibatkan Kampung Seberang Jertih, Kampung Padang Luas, Taman Pelagat Utama, Kampung Paroh, Kampung Padang Tapong, Kampung Padang Landak, Kampung Laklok, Taman Saujana, Taman Desa Saujana, Taman Mawar Baiduri Kampung Kubang Siam, Taman Falahiah dan Taman Bakti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini