KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Membakut-Beaufort, dekat Beaufort, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah memberitahu, mangsa Poujan @ Najuh Sulaiman, 56, yang memandu Perodua Kancil disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat tersepit di kenderaan berkenaan. “Mangsa dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan bomba dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan…










