PUTRAJAYA 1 Jun – Seorang lelaki dari Kuching, Sarawak disahkan maut akibat jangkita rabies atau anjing gila. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki berumur 26 tahun itu meninggal dunia semalam pada pukul 9.51 pagi di Hospital Umum Sarawak. “Jumlah kes rabies di Sarawak sejak wabak ini diumumkan pada 1 Julai 2017 adalah 18 kes termasuk 17 kematian. “Hanya seorang mangsa selamat iaitu kanak-kanak berumur sembilan tahun,…









