Samsung Galaxy M20 di Shopee - Utusan Malaysia

Samsung Galaxy M20 di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Samsung Malaysia Electronics bersama rakan kongsi pengedaran tunggalnya, Shopee baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar, Samsung Galaxy M20.

Model pertama secara eksklusif itu dijual dalam talian sempena Hari Jenama Super Samsung di Shopee.

Samsung Galaxy M20 merupakan telefon pintar berdaya saing pertama yang dilengkapi bateri berkuasa 5,000mAh yang dijual pada harga di bawah RM1,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, paradigma jualan itu berdasarkan trend peralihan cara pembelian pelanggan yang kini lebih tertumpu secara atas talian.

“Mengambil kira perkara itu, kami memutuskan untuk beralih ke digital secara total dalam pendekatan jualan untuk siri Galaxy M yang baharu.

“Kerjasama eksklusif bersama Shopee Malaysia bukan sahaja akan memberikan platform mudah untuk orang ramai membeli, tetapi juga merupakan pengedar yang dipercayai supaya pengguna dapat menikmati kehebatan Galaxy M20,” katanya.

Galaxy M20 dibangunkan atas pengalaman terbaik bagi mencipta kesesuaian untuk setiap dimensi dari segi prestasi dan praktis sekali gus menjadikannya satu inovasi terhebat pada masa kini.

Selain bateri tahan lama, Galaxy M20 dilengkapi dwi kamera yang mampu merakam sudut lebar secara jelas membolehkan hasil bidikan gambar panorama, bangunan dan swafoto secara berkumpulan tampak menarik.

SPESIFIKASI

Sistem operasi: Android v8.1
Saiz: 156.4 X 74.5 X 8.8mm
Berat: 186g
Bateri: 5,000 mAh
Paparan: 6.3 inci
Kamera belakang Rear: 13MP + 5MP
Kamera depan: 8MP
Memori: 4+64GB
Warna: Hitam dan biru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini