Samseng jalan raya bersenjatakan parang ditahan - Utusan Malaysia

Samseng jalan raya bersenjatakan parang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang daripada dua samseng jalan raya yang mengugut seorang pemandu kereta dengan bersenjatakan parang berjaya ditahan polis pada pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. memberitahu, suspek utama berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Simpang Renggam.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek turut terlibat dalam beberapa kegiatan samun di sekitar Johor Bahru sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, polis turut berjaya menahan tiga individu lain yang merupakan rakan suspek dalam kegiatan jenayah samun mereka sebelum ini.

“Sementara itu, seorang lagi suspek yang terlibat dengan video tular dalam media sosial baru-baru ini masih diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 40 tahun.

“Dengan tertangkapnya empat suspek ini, polis berjaya menyelesaikan 11 kes samun di sekitar Johor Bahru,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini