KENYATAAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempertikaikan laporan terkini Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) MH17 terhadap sabitan tiga rakyat Rusia dan seorang rakyat Ukraine sebenarnya disalah erti sehingga mengundang pelbagai kritikan berat sebelah. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir tersebut mampu mengundang kekeliruan dan keresahan terutama sekali keluarga mangsa penumpang. Menteri Luar Australia, Marise Payne pula menempelak pendapat Dr. Mahathir dengan menegaskan Canberra menaruh penuh keyakinan…










