KUALA LUMPUR – “Setiap kali lihat anak orang lain, saya akan terkenangkan Zahir. Kehilangannya begitu dirasai.”
Itu luahan sedih seorang ibu tunggal, Sainih Sunding, 45, selepas anak kelimanya, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd. Fauzi, 8, dilaporkan hilang ketika keluar bermain bersama rakan pada pukul 8 pagi di kawasan kejiranan Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi sejak 15 April lalu.
Pekerja pembersihan bangunan itu berkata, kesedihan itu lebih dirasai dengan kehadiran Aidilfitri memandangkan anak bongsunya itu seorang yang ceria dan mesra.
“Orang lain mungkin bergembira menyambut 1 Syawal, namun saya sekeluarga tidak merasai kemeriahan itu kerana kami kehilangan seorang insan yang begitu disayangi.
“Ia sesuatu yang sukar untuk diterima tetapi hidup perlu diteruskan walaupun ia pahit untuk ditelan,” kata Sainih ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











