Rusham FC naib juara Grand Final Milo 2019 - Utusan Malaysia

Rusham FC naib juara Grand Final Milo 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan futsal lelaki Akademi Rusham FC muncul pasukan kedua terbaik dalam kategori bawah 12 tahun Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2019 yang berlangsung minggu lalu.

Kejayaan itu juga turut membawa tuah kepada empat pemain pasukan tersebut apabila terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejuaraan Milo di Barcelona.

Dalam aksi final yang berlangsung di Sport planet Subang Jaya, Rusham FC tewas tipis 1-2 kepada SAA All Stars sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 manakala juara meraih RM 15,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penaung Akademi Rusham FC, Datuk Rusham Abu gembira dengan pencapaian pasukannya yang berjaya muncul pasukan kedua terbaik daripada 32 pasukan yang bertanding mewakili seluruh negeri.

Beliau turut berharap lebih banyak kejayaan mampu diraih oleh Akademi Rusham FC dalam pertandingan-pertandingan yang bakal disertai nanti.

“Indahnya rezeki Allah, Alhamdulillah kami telah meraih kedudukan kedua daripada 32 pasukan yang bertanding dari seluruh Malaysia.

“Empat pemain dari Akademi Bola Sepak Rusham FC terpilih mewakili negara untuk bermain di Barcelona namun mereka terpaksa menolak tawaran itu kerana perlu bermain dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Terima kasih kepada semua barisan jurulatih yang telah membentuk pasukan ini menjadi antara pasukan yang digeruni lawan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini